Weight | 0.5 kg |
---|
Ustazah Basikal Jilid 2 – Dua Malaikat Penjaga Gunung
RM35.00
TENTANG BUKU USTAZAH BASIKAL (JILID 2 – INDIA – NEPAL – PAKISTAN)
Ahmad & Adilah menyambung kayuhan ke 3 buah negara lagi iaitu India, Nepal & Pakistan setelah mengembara ke 3 negara sebelum ini iaitu Malaysia, Thailand dan Myanmar.
Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya akibat dari keramahan warga India yang sentiasa ingin tahu dan mengakibatkan Ahmad seorang yang introvert menjadi rimas.
Berbeza pula dengan Adilah yang extrovert & sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi bersama warga tempatan dengan cemerlang!
Ahmad sangat teruja bila masuk negara Nepal disebabkan beliau adalah seorang ‘hikers’ dan panjat kaki Gunung Everest adalah impian beliau sejak dari zaman Universiti lagi.
Namun nasih tidak menyebelahi mereka, semasa mereka memasuki Nepal ketika itu musim hujan dan sangat merbahaya untuk mereka menjejaki Gunung Everest.
Mereka kembali ke Negara India sebelum masuk ke Negara seterusnya iaitu Pakistan.
Di Pakistan pula, mereka sangat gembira dan bersyukur sebab boleh makan apa sahaja tanpa risau akan makanan halal atau tidak.
Namun malang tidak berbau, mereka ditahan oleh tentera Pakistan selama 3 hari, dan Adilah pula dimasukkan ke hospital selama 3 hari.
Banyak kejadian yang tak masuk akal berlaku di Pakistan, namun perancangan Allah swt yang paling terbaik dan tiada siapa pun mampu ubah.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi & motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
“Keluarlah kembara, nescaya kita akan lebih bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia!” – Ahmad Isa
Reviews
There are no reviews yet.