Shopping Cart

No products in the cart.

SUAMI SUNNI, ISTERI SYIAH !?

Nak tahu tak? Macam mana kami survive di 14 buah negara dengan basikal?
Kalau difikirkan, memang bahaya travel dengan basikal ni, lagi-lagi masuk negara macam Myanmar, Iran & Afghanistan.
Kami pula tiada langsung pengalaman masuk kesemua negara tersebut kecuali Thailand & Arab Saudi.
Keluarga & kawan-kawan kami semua tanya, betul ke apa yang kami nak buat ni?
Entahlah, pada permulaan, kami sendiri tak yakin dengan projek ni.
Tapi bila dapat tahu ramai travellers dari Malaysia dah keluar masuk negara-negara yang kami nak lalui, kami yakin yang semua negara selamat.
βœ… Negara Myanmar selamat
βœ… Negara Iran selamat
βœ… Negara Afghanistan selamat
Selain dari negara tu, jarang dengar pasal isu keselamatan ni.
Bila dah yakin, rasa nak tengok sendiri.
Alhamdulillah syukur, andaian kami betul. Semua masyarakat yang kami jumpa baik-baik belaka.
Ada satu cerita kat Iran ni..
Pada awalnya, kami sangat skeptikal & takut nak masuk Iran sebab media cakap orang Syiah tak suka orang Sunni.
Tapi apa yang berlaku mengejutkan kami.
Keluarga pertama yang kami jumpa di Iran adalah keluarga yang pelik.
Suami Sunni, isteri Syiah. Anak mereka dah berumur 9 tahun.
Kami anggarkan, mereka ni dah kahwin selama 10 tahun.
So, kat mana gaduhnya Sunni & Syiah ni?
Saya siap tanya lagi kat mereka, kalau saya jerit saya Sunni kat tengah-tengah bandar Tehran, apa akan jadi pada saya?
Tahu apa mereka cakap?
“Nobody Cares!” hahaha
Buang masa je kami risau, takut, gelabah sebelum masuk Iran ni. πŸ˜‚
Lepas dah faham situasi, baru kami tenang. Siap taknak keluar Iran lagi, punyalah selesa. Haha.
So, macam mana kami survive?
βœ… Sebelum mulakan perjalanan, kami niat & doa nak jumpa orang yang baik-baik. Allah swt mengikut sangkaan hambanya kan?
βœ… Nak jumpa orang baik, kami kena jadi baik dulu. haha
βœ… Buang skeptikal atau buruk sangka, supaya orang lain juga tak skeptikal & buruk sangka pada kita.
βœ… Tenang, gembira & ceria. Ni susah sikit nak buat, lagi-lagi masa stress! haha
Tapi percayalah.. Bila kita gembira, orang yang gembira akan kita jumpa.
MasyaAllah Tabarakallah.
.
.
.
Tuan puan,
Anda juga boleh rasai apa yang kami rasai. Anda boleh cuba buat apa yang kami buat untuk survive dalam keadaan sekarang ni.
πŸ˜” Kami faham sangat situasi pandemik ni..
πŸ˜” Kami faham sangat perasaan duit selalu tak cukup..
πŸ˜” Kami faham hidup tak selesa, tidur merata-rata.
πŸ˜” Kami faham hidup berjauhan dari keluarga.
Kita semua lalui perkara yang sama. Apa yang membezakan nasib kita ada RESPON kita.
RESPON = NASIB
Respon kita positif, nasib kita positif.
Respon kita negatif, nasib kita negatif.
Apa sahaja cabaran & tekanan yang kita lalui, respon dengan positif.
InsyaAllah, nasib & result yang anda akan dapat adalah positif.
Biiznillah.
Love,
Ahmad Isa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *