Nak tahu tak, cerita kat Pakistan..
(Awas : Cerita terlalu panjang)
Masa isteri saya sakit & dimasukkan ke hospital selama 3 hari, lepas tu ada pakcik yang kami tak kenali bagi duit banyak gila pada kami
Siapa yang baca buku Ustazah Basikal mesti tahu salah satu cerita tak masuk akal kat Pakistan ni.
Cerita dia macam ni..
Masa saya & isteri makan malam bersama beberapa pemuda warga Pakistan di Tibet Motel. Berhadapan dengan tasik Kacura Lake (dalam gambar), ada seorang pakcik ni tanya..
“Are you from Malaysia?”
“Yes” jawab saya pendek.
“Come follow me” ajak pakcik tu.
Saya ingatkan pakcik tu salah seorang dari group pemuda yang makan bersama kami tu, tanpa syak apa-apa, saya pun ikut lah.
Tahu tak dia bawa saya ke mana?
Dia bawa saya ke tempat gelap yang takde orang, hanya kami berdua sahaja.
Pakcik tu tengok kiri, tengok kanan..
Dia tanya, “How much money do you want?”
“What?” saya rasa saya salah dengar, saya tanya balik.
“How much money do you want?” pakcik tu ulang balik soalan yang sama.
Sah! Saya tak salah dengar!
“No no! I dont need any money, i have money” terketar-ketar cakap masa tu, sebab soalan ni saya tak pernah dapat seumur hidup, nak jawab apa?
Saya tak tahu niat dia apa, kalau saya cakap nak, tiba-tiba dia suruh buat benda bukan-bukan, masalah juga nanti.
“Ok what do you need?” pakcik tu tanya lagi. Macam psycho pun ada.
“Maybe a place for sleep tonight” jawab saya, malam tu saya tak cari lagi tempat nak tidur. Hotel Tibet tu dah la mahal gila
“Ok go eat with your friends, I book 1 room for you & your wife” cakap pakcik tu.
Saya pun berlalu tinggalkan pakcik tu. Dalam kepala otak saya ni banyak gila soalan.
Siapa pakcik tu?
Dipendekkan cerita, lepas makan, saya tanya ke kaunter, betul ke ada orang booking bilik untuk kami? Kot-kot scammer ke.
Betul! Ada orang bookingkan kat tingkat 2!
Kami terus naik & pakcik tu tengah tunggu dengan keluarga dia di sebelah bilik kami.
Pakcik tadi kenalkan diri & keluarganya. Namanya Munawwir.
Pakcik Munawwir serahkan 1 beg plastik pada kami dan suruh kami masuk tidur terus.
Tak sempat nak sembang panjang, kami pun masuk lah.
MasyaAllah Tabarakallah. Besar gila bilik dia! Siap tingkap & balkoni mengadap tasik lagi! Subhanallah.
Kami pun mandi & solat jamak maghrib & isyak.
Lepas tu, saja buka plastik yang Pakcik tu bagi.
Terkejut gila!
Bukan hanya kekacang je, ada 1 sampul dalam tu!
Ada duit!
Duit Pakistan tu kalau tukar ke duit Malaysia, nilai dia RM600 wehh!
Lagi lah kami tak sedap hati. Esoknya kami nak tanya pakcik tu, kenapa dia baik sangat? Atau dia salah bagi duit pada kami?
Dipendekkan cerita, kebetulan driver dia datang lambat, sempatlah saya & isteri soal siasat pakcik ni.
Rupanya beliau owner 5 buah kolej di Pakistan. Memang kaya pakcik ni.
Dia kata, dia suka melancong ke Malaysia sebab Malaysia cantik, makan sedap, nak solat senang..
Habis tu? Kenapa bagi duit kat kami?
Dia kata, setiap kali dia melancong ke Malaysia dengan keluarga dia, seorang sahabat dari Perak bawa keluarga dia jalan-jalan ke Langkawi, KLCC, Pulau Tioman dan banyak tempat lagi secara percuma.
So, dia nak balas jasa kawan baik dia tu dengan bantu kami.
Saya terdiam masa tu.
MasyaAllah.
Banyak perkara & hikmah saya belajar dari pengalaman jumpa pakcik ni.
Inilah dinamakan Cinta tanpa syarat. Beri tanpa syarat.
Kami tak terfikir nak ambil no telefon pakcik Munawir tu, apatah lagi nak cari siapa kawan dia kat Perak tu. Sekarang rasa menyesal.
Kawan dia kat Perak tu, beri tanpa syarat walaupun orang Pakistan datang Malaysia.
Hasilnya, pakcik Munawir ni pula beri tanpa syarat kepada kami.
Kini, giliran kami pula, beri tanpa syarat. Bantu je orang Pakistan, Myanmar, Nepal & Indonesia yang kerja di Malaysia ni.
Seronok hidup macam ni. Bila semua orang beri tanpa mengharapkan apa-apa.
Sebab mereka tahu, kalau orang yang dibantu tak bantu balik, ada orang lain yang akan bantu kita disaat kita susah.
Tuan Puan,
Kadang tu kita takut nak memberi sebab harta kita sedikit. Kita lupa, harta yang sedikit itu juga adalah pemberian.
Tiada lagi dalam sejarah, orang jatuh miskin sebab memberi.
Love,
Ahmad Isa