Shopping Cart

No products in the cart.

HENYAK SAMPAI LUNYAI πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Kembara kalini berbeza dengan kembara ‘honeymoon’ kami pada tahun 2016.

Kembara kalini saya pasti ujiannya pasti lebih hebat asbab tujuannya ibadah Haji.

Itulah perjuangan. Perjuangan untuk langsaikan rukun islam ke-5.

Berjuang hingga ke nafas yang terakhir.

πŸ”₯ Tak dapat pergi dengan Tabung Haji? Kita cari jalan lain.

πŸ”₯ Tak cukup duit? Kita usaha jual semua benda sampai cukup.

πŸ”₯ Tak sihat tubuh badan? Kita usaha jaga pemakanan dan fitness.

Keluarga kita di P4l4stin berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah airnya kerana itu kewajiban mereka.

Kita juga ada kewajiban & perjuangan, iaitu selesaikan semua rukun Islam secepat yang mungkin.

HENYAK SAMPAI LUNYAI SELESAIKAN RUKUN ISLAM SEBELUM MATI!! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
.
.
.

Memperkenalkan 4 peserta kayuhan haji 2024.

1. Saad Noordin, 73 tahun
2. Abdul Halim Talha, 56 tahun
3. Nora Adila, 36 tahun
4. Ahmad Isa, 35 tahun

❌ Usia emas bukan alasan untuk tak pergi Haji.
❌ Duit takde bukan alasan tak buat Haji.
❌ Takde masa bukan alasan tak buat Haji.

Bila dah meninggal nanti, kalau malaikat tanya..

“Rukun Islam dah selesai?”

Takkan nak jawab tak selesai sebab dah tua? Sebab takde duit? Sebab takde masa?

Segala penulisan yang saya tulis ini adalah pesanan untuk diri saya sendiri yang penuh dengan dosa.

Doakan perjalanan kembara kami merentasi 7 buah negara dipermudahkan Allah swt.

1. Malaysia
2. Thailand
3. India
4. Pakistan
5. Iran
6. UAE
7. Arab Saudi

*Countdown : 5 hari lagi.

#JiwaKembara
#Haji2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *