EPISOD 7 : PERAK – Maaf, duit kau tak laku!
“Siapa nak ikut jelajah sekali pusing Malaysia?” tanya saya kepada 6 orang team saya.
4 daripada mereka angkat tangan. 2 lagi tak ikut, hanya bantu dari pejabat di Sabak Bernam sahaja.
Alhamdulillah syukur, ada yang jaga ofis.
“Sekarang ni kita perlukan 2 kenderaan untuk gerak, 1 kereta viva untuk mudah gerak & 1 van untuk bawa buku wakaf..”
“Tapi tulah.. van tak siap lagi, dah sebulan hantar overhaul..”
“Untuk hari pertama bergerak, mungkin hanya 2 dari kalian yang gerak dulu dengan viva, bawa sekali semua buku wakaf, bila van dah siap, baru 2 orang lagi ikut, anggaran saya dalam seminggu lagi, siap lah, ok?” tanya saya.
“Siapa 2 orang yang pergi dulu tu bos?” tanya Najib.
“Korang bincanglah sesama korang, siapa yang ikut dulu, & siapa yang pergi kemudian.
.
.
.
Selepas selesai flagoff, saya & Adilah mulakan kayuhan memasuki Perak, negeri pertama kami.
Destinasi pertama kami ke arah Madrasah Al-Huda, Sungkai.
Dibelakang kami ada lebih kurang 16 peserta dari Sahabat Kayuhan Sabak.
“Kalian nak ikut sampai ke Sungkai ke?” tanya saya pada mereka semasa mengayuh.
“Eh tak, kami ikut sampai Teluk Buluh je, lepas tu cari capati kambing! haha” jawab salah seorang dari mereka.
“Menarik tu, nak ikut boleh? Lapar ni! haha” kata saya.
Kami kini kaya dengan masa, tidak lagi terikat masa dengan program, saya cadang pada Adilah untuk ikut mereka sarapan sebelum kami bertolak ke Sungkai.
Tiba-tiba..
“Ktarrrrr!!!
“Alamak, bunyi apa pulak ni” bisik saya dalam hati.
Saya berhenti tepi & tengok cangkuk beg di handle basikal pecah! Beg tertunduk ke bawah dan bergeser dengan tayar depan.
Aduh, baru hari pertama ni wehh!!
Nak mengeluh pun tak boleh, beg tu memang dah lama dah pun, tunggu retak menanti belah je tu.
Geng SKS semua dah ke depan, ada beberapa orang yang tunggu di depan saya, mereka pelik kenapa saya berhenti.
Saya cepat-cepat adjust beg tu supaya tak jatuh dan tergeser dengan basikal hadapan.
Saya ikat tali beg ke handlebar dan sambung kayuhan.
“Ok ke tu?” tanya mereka.
“Ok je, jom-jom” saya buat-buat macam takde masalah.
Kami teruskan kayuhan sehingga ke Warung Capati Jackflyz, Kampung Tanjung Buluh.
Memang sedap pekena capati gulai kambing lepas penat kayuh ni, recommended untuk orang Sabak Bernam dan sekitar.
Lepas habis makan, saya senyap-senyap pergi ke tuan restoran dengan niat nak bayar & belanja semua yang ada di warung tu.
“Maaf dik, duit awak tak laku harini” kata tuan kedai.
“Tak laku? Kenapa?” tanya saya.
“Dah ada yang bayar dah” kata beliau sambil uli capati di kuali leper.
Aduh! Melepas nak dapat pahala belanja makan, orang lain lagi cepat dari saya.
Baik betul mereka ni.
Dalam diam, saya doakan mereka diberikan kesihatan berpanjangan & dimudahkan untuk beribadah. Amin.
.
.
.
Lepas makan, mereka minta izin untuk bergambar dengan saya di basikal.
Masa tu lah kantoi beg saya rosak! Aduh.
Semua pakat kerumun nak bantu, macam mana nak ikat beg saya ni supaya tak tertunduk.
Abang Botak Tayar Man bersungguh cari dawai untuk ikat, tapi pemegang beg tu tiada ruang untuk diikat.
“Takpelah bang, nanti saya cari kedai basikal kat Teluk Intan, mungkin mereka ada cadangan macam mana nak ikat” kata saya sambil buka beg handlebar & ikat di belakang basikal saya.
Selepas semuanya selesai, mereka ajak bergambar beramai-ramai di signboard Teluk Buluh.
Lepas bergambar, mereka minta izin untuk pulang.
“Kami kena balik cepat sebab harini jumaat, nak kena ready solat Jumaat” kata mereka.
“Ok lah, kami musafir boleh jamak, haha” gurau saya.
Bersambung..
.
.
.
Tuan puan yang mulia..
Nabi pernah bersabda, dari Hadis Riwayat Bukhari..
“Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah..”
Maksudnya, bersedekah lebih baik dari menerima.
Apa yang saya belajar dari Team SKS ni, mereka berlumba-lumba untuk buat kebaikan.
Apa yang best bila buat baik ni?
🥰 Hati kita bahagia
🥰 Hati kita tenang
🥰 Hati kita lembut
Jom mulai harini, kita berlumba buat kebaikan, boleh ya?
Ahmad Isa