EPISOD 4 : Macam mana nak buat duit masa travel?
“InsyaAllah, RM500,000 dalam tangan untuk projek ni..” kata lelaki ini selepas mendengar perbentangan projek Jiwa Kembara Jelajah Malaysia 2022.
“Fuhh, setengah Juta!” kata Reen teruja selepas kami keluar dari meeting.
“Jangan seronok sangat, kami dah pernah lalui moment ni masa nak ke Mekah dulu. Cakap nak taja memang senang, tapi nak bagi RM1 pun belum tentu senang..” kata saya.
Bukan skeptikal.
Tapi belajar dari pengalaman.
“Kena buat paperwork ni, better anjakkan tarikh 3 bulan lagi baru kayuh, sebab nak dapatkan dana ni ambil masa juga..” kata lelaki tersebut.
Sepatutnya kami rancang mulakan kayuhan pada bulan 6 hingga bulan 8, namun saya anjakkan tarikh ke bulan 9 untuk beri laluan lelaki ini dapatkan dana sebanyak RM500,000.
.
.
.
Sebulan berlalu..
“Kak Emi, apa cerita lelaki yang nak carikan tajaan tu? Senyap je?” tanya saya.
“Entahlah, busy kot dia tu..” kata Kak Emi.
“Takpelah Kak Emi, lupakanlah sponsor tu.. kata saya.
“Kalau takde sponsor macam mana?” tanya Kak Emi.
“With or without sponsor, saya gerak je.. Sebelum lelaki tu offer nak sponsor, memang saya nak gerak dah pun..” kata saya.
InsyaAllah semuanya ok.
Sebab saya dah ada pengalaman yang sama sewaktu kayuh ke Mekah.
Menunggu sponsor yang tak kunjung tiba, akhirnya banyak buang masa, duit & tenaga.
Orang yang ‘janji’ selalunya hilang tanpa khabar berita.
.
.
.
Bila saya pulang ke kampung, saya bentangkan projek ni pada Ummi Abi untuk minta pandangan seterusnya minta restu.
Saya tak perlukan duit, saya hanya perlukan restu Ummi & Abi.
Bila ada restu mereka, InsyaAllah semua perkara akan dimudahkan.
“Abi tak risau pasal Angah & Adilah, tapi pada team lain, macam mana mereka nak survive kalau takde income atau sponsor?” tanya Abi.
“InsyaAllah mereka boleh dapat komisen dari jualan buku Ustazah Basikal & projek lain, kalau duit diorang dah habis, balik Sabak Bernam je lah..huhu” kata saya.
Sebelum ini, saya & Adilah survive di 14 buah negara tanpa ada skil berniaga.
Duit pula memang tak banyak.
Bila berada dalam situasi getir, kepala otak akan fikir & cari jalan macam mana nak survive.
Pada waktu itu, sahabat traveller saya beri cadangan untuk jual poskad.
Saya & Adilah langsung tak pandai jual. Nak promote di media sosial lagilah tak pandaiiii!
Tapi saya nekad.
Saya sebagai AJK kewangan pada waktu tu, saya tiada pilihan lain.
Saya tak nak basuh pinggan atau kemas bilik hotel! haha
Di Myanmar, saya cari poskad dan pergi ke pejabat pos untuk tahu berapa harga setem.
Poskad : RM0.50
Setem : RM0.50
Kos hanya RM1.00
Saya letak harga sebanyak RM5.00 & membuat posting di Facebook Page Kembara Memburu Hikmah.
Saya buat kempen #belisambilmenderma.
Bagi sesiapa yang nak beli poskad serendah RM5, saya & Adilah akan tulis kata-kata motivasi di poskad & hantar terus ke alamat mereka.
Pada awalnya, sambutannya tidak banyak.
Saya terkejut!
Orang yang membeli, bukan hanya bank-in pada kami RM5 sahaja!
Ada yang bagi RM10
Ada yang bagi RM50
Ada yang bagi RM100!
MasyaAllah Tabarakallah.
Apa yang paling saya terkejut, ada yang sanggup bayar RM2,000 untuk sekeping poskad!
Speechless.
Benarlah kata guru saya..
“Mad, usaha tu milik kau, hasil milik Allah swt, yang penting kau usaha walaupun kecil”
Betul!
Saya usaha tak banyak pun, jual poskad je, tapi hasilnya Allah swt beri melimpah ruah!
Akhirnya sepanjang pengembaraan kami dari Malaysia ke Mekah, kami langsung tak cuci pinggan atau kemas bilik hotel.
Alhamdulillah.
.
.
.
Kini, saya nak didik team saya.
Sengaja saya tak nak bagi duit belanja, tetapi modal barang yang perlu mereka jadikan duit di sepanjang perjalanan.
Saya ajar mereka cara kira kos.
Saya ajar cara marketing.
Saya ajar cara buat sales.
Saya ajar cara mempengaruhi orang.
Saya ajar mereka cara buat video.
Yang paling penting, saya ajar macam mana mereka nak capai RM1 Juta yang pertama mereka.
Semuanya mereka belajar atas jalan. Bukan di pejabat.
“Saya tak bagi duit belanja kat korang tau, ok ke?” tanya saya kepada 4 orang team saya yang nak ikut kembara jelajah semenanjung Malaysia.
“InsyaAllah ok” jawab mereka.
Saya yakin mereka boleh survive dengan izin Allah swt.
Sebab apa?
Sebab mereka ada impian yang mereka nak capai. Mereka nekad ikut saya walaupun mereka boleh je kerja dengan orang & dapat gaji RM2,000 ke atas.
.
.
.
“Jom bentangkan projek kita pada YB Sabak Bernam nak?” Adilah beri cadangan kepada kami.
“Boleh try..” jawab saya.
Kami hubungi pejabat YB & buat appointment dengan YB Dato’ Haji Fasiah Fakeh.
Beliau bersetuju untuk kami hadir.
Fuhh bedebar wehh nak jumpa YB!
“Agak-agak YB nak tengok ke projek kami ni?” bisik saya dalam hati.
Takpelah, jumpa je dulu.
Saya betulkan niat, niatnya 1 sahaja. Silaturrahim kerana Allah swt.
Bersambung..
.
.
.
Tuan puan yang mulia..
Bila kita dalam situasi sukar, otak kita akan ligat berfikir macam mana nak survive.
Ingat tak dulu masa pandemik?
Ramai ingat tak boleh survive bila kena buang kerja atau masalah lain.
Tapi masih lagi boleh makan sampai sekarang, betul?
Allah swt cipta otak kita ni sangat hebat untuk kita gunakan untuk berfikir.
Lagi banyak kita gunakan otak, lagi kuat otak kita. Ibarat otot, lagi kuat kita guna, lagi ‘sado’ dia jadi.
Kenapa saya suka travel dalam keadaan tiada duit? Sebab situasi macam ni membuatkan otak saya bekerja keras & kretif.
Saya nak jadikan otak saya ‘sado’, haha.
Berbeza jika saya duduk rumah dalam keadaan selesa, otak saya banyak rehat berbanding berfikir.