EPISOD 3 : Tajaan RM500,000 Untuk Projek Jiwa Kembara Jelajah Malaysia 2022?
“Siapa yang stay ni, aku nak bawa pergi travel bersama aku satu hari nanti, InsyaAllah” nekad hati saya.
Ada 6 staff saya yang stay.
1. Reen
2. Syida
3. Najib
4. Hilmi
5. Najihah
6. En Jay
Mereka ada kepakaran & kelebihan yang berbeza. Mereka saling melengkapi.
Kini mereka bukan lagi pekerja saya, saya lantik mereka menjadi future partner.
Sebelum 100% jadi partner, saya nak tengok komitmen mereka dulu.
“Orait, sekarang ni saya nak tanya, kenapa korang stay & apa yang korang harapkan dari Jiwa Kembara?” tanya saya.
Mereka bukan lagi pekerja yang memerlukan ‘task & KPI’, tapi sebagai partner yang perlukan kerjasama.
“Visi Jiwa Kembara simple, nak jadi Agensi Kembara Muslim No.1 Malaysia menjelang 2030, jika visi syarikat boleh capaikan impian kalian, you’re welcome to stay, if not, this is not your place..” sambung saya.
Business is serious. Semua benda nak kena jelas. Supaya tak buang masa banyak sangat dengan permainan emosi.
“Saya nak jadi fulltime traveller”
“Saya nak jadi partner dalam Jiwa Kembara”
“Saya nak bersama dalam perkembangan Jiwa Kembara dari kosong hingga berjaya”
Alhamdulillah, syukur.
Mereka jelas dengan matlamat hidup mereka. Bukan sebab saya paksa mereka, tapi di atas keputusan mereka sendiri.
“Ok since korang nak stay, saya akan cerita step-by-step apa plan tahun ini sehingga 2030..”
“Tahun ni, Jiwa Kembara akan buat jelajah Semenanjung Malaysia untuk kempen jenama Jiwa Kembara, saya rancang nak kayuh selama 3 bulan, siapa nak ikut?” tanya saya.
4 dari mereka angkat tangan. 2 lagi tak ikut & tinggal di Sabak Bernam.
“Benda yang paling penting dalam kembara ni adalah duit, secara jujurnya syarikat tak boleh sponsor korang untuk trip ni, korang kena cari duit sendiri kalau nak ikut..”
“Tapi jangan risau, InsyaAllah saya akan bersama kalian. Apa yang kita ada, kita makan sama-sama, jika duit dah habis, kita balik lah Sabak Bernam, ok?” tanya saya.
Semua senyap.
Mungkin cuba hadam apa yang cuba saya sampaikan.
“Apa yang saya boleh offer kepada korang adalah komisen jualan buku Ustazah Basikal, jika terjual, ada komisen untuk kalian..” cadang saya.
Secara jujurnya, saving yang ada dalam akaun syarikat memang tak mampu untuk taja pengembaraan jelajah Malaysia ni.
Semoga Allah swt permudahkan urusan kami.
.
.
.
“Saya ada plan nak kayuh basikal jelajah Malaysia..” cerita saya pada Kak Emi, partner saya sejak 2019.
“Oyeke? Apa yang saya boleh bantu?” tanya Kak Emi.
Saya banyak terhutang budi dengan beliau. Apa sahaja idea baru yang saya ada, beliau support.
“Takde apa pun Kak Emi, cuma kami punya kewangan nak travel tu je takde..haha, pening gak fikir macam mana ni..” kata saya sambil mengerutkan dahi.
“Kak Emi ada kenal seorang lelaki ni, dia selalu dapatkan tajaan untuk program-program macam ni, nanti Kak Emi cuba tanya dia..” cadang Kak Emi.
“Terima kasih Kak Emi..”
Dipendekkan cerita, saya & team ditemukan dengan lelaki ini oleh Kak Emi.
“InsyaAllah, RM500,000 dalam tangan untuk projek ni..” kata lelaki ini selepas mendengar perbentangan projek Jiwa Kembara Jelajah Malaysia 2022.
“Fuhh, setengah Juta!” kata Reen teruja selepas kami keluar dari meeting.
“Jangan seronok sangat, kami dah pernah lalui moment ni masa nak ke Mekah dulu. Cakap nak taja memang senang, tapi nak bagi RM1 pun belum tentu senang..” kata saya.
Bukan skeptikal.
Tapi belajar dari pengalaman.
Bersambung..
.
.
.
Tuan puan yang mulia..
Guru saya pernah pesan..
“Jangan bergantung pada makhluk, nescaya kau akan kecewa”
Jangan bergantung pada ibu ayah
Jangan bergantung pada boss
Jangan bergantung pada kerajaan
Jangan bergantung pada suami
Jangan bergantung pada isteri
Jika kita tak dapat, pasti kecewa.
Letaklah kebergantungan kita hanya kepada yang 1, iaitu Allah swt.
Pasti tidak akan kecewa. Kerana Allah swt akan susun yang terbaik buat kita.
Saidina Ali pernah berkata..
“Saya meminta sesuatu kepada Allah. Jika Allah mengabulkannya untuk saya maka saya gembira SEKALI saja. Namun, jika Allah tidak memberikannya kepada saya maka saya gembira SEPULUH kali lipat. Sebab, yang pertama itu pilihan saya. Sedangkan yang kedua itu pilihan Allah SWT.”
Nak bebas, tenang & bahagia?
Letak kebergantungan semata kepada Dia.
InsyaAllah, hati kalian akan tenang sentiasa.
Biiznillah.