Shopping Cart

No products in the cart.

Episod 2 : Fight or Flight?

Episod 2 : Fight or flight?

“Jika nak teruskan di tempat lain, saya cadangkan untuk beri surat letak jawatan, & siapa nak stay, kita akan sama-sama naikkan Jiwa Kembara tanpa gaji..” kata saya dengan berat hati.
.
.
.
Serius, tak mudah nak buat keputusan macam ni. Setahun saya rekrut 12 orang staff untuk sama-sama capai impian Jiwa Kembara, namun..

Dalam perniagaan, tak semuanya indah.

Guru saya kata, bukan bilangan staff yang menentukan kejayaan sebuah syarikat.
Adakala, 2 3 orang sahaja dah boleh pergi jauh, asalkan mereka punya attitud yang betul, impian yang besar & ada progress setiap hari.
Mereka semua baik, attitude mereka cantik, cuma saya yang gagal untuk menunjukkan visi yang jelas kepada mereka, lantas mereka hilang punca dalam pekerjaan.

Akibatnya, KPI syarikat tidak tercapai.
Overhead yang tinggi tetapi target sales tak tercapai menjadikan syarikat kami loss setiap bulan.
Kenapa saya terpaksa buat keputusan berat ni?

Sejujurnya, sebab saving syarikat dah habis.
Syarikat tak layak untuk ada staff seramai 12 orang termasuk saya & isteri.

“Aku kena buat keputusan ni, kalau tak aku akan aniaya orang lain” kata hati saya.

Guru saya pernah beritahu saya..
“Mad, kau nak progress atau emosi? Kalau nak progress dalam bisnes, kau kena letak emosi kat tepi, kalau kau pilih emosi, kau takkan dapat progress”

Saya buat solat istiharah beberapa kali, minta Allah swt tunjuk jalan.
Alhamdulillah, jawapan yang saya rasa baik, lebih ke arah progress berbanding emosi.
So, saya pilih progress.

“Fuhh, esok aku kena cakap kat team, harap mereka faham..” bisik hati saya.
.
.
.
“Saya beri 2 pilihan kepada kalian..” kata saya di hadapan 10 orang team

“Fight or flight!” tegas saya.

Semua diam.
Ada yang tengok saya dengan penuh tanda tanya.
Ada yang termenung melihat lantai, mungkin fikirkan di mana nak kerja lepas ni.

“Jika nak berjuang bersama saya untuk capai impian kalian, seterusnya impian syarikat, jom fight sama-sama!”

“Jika kalian rasa syarikat tidak boleh bantu kalian capai impian kalian, kalian boleh ‘flight’ untuk mencari impian kalian di tempat lain, mungkin bukan rezeki kita untuk bersama..”

“Esok, letakkan surat letak jawatan di atas meja saya..”
.
.
.
Saya ingat lagi masa saya temuduga mereka.
Soalan wajib yang saya tanya adalah..

“Apa impian yang kau nak dalam hidup, apa yang kau rasa kau akan capai dalam masa 5, 10 tahun dari sekarang?”

99% dari mereka, tak pasti.
Mereka tak pernah terfikir pasal impian.
Majoriti dari mereka hanya fikir untuk survive. Asal dapat gaji sudah memadai.
Syarat wajib yang saya tetapkan nak masuk Jiwa Kembara, kena ada impian sendiri.
Jika mereka ada impian, mudah syarikat nak bawa mereka ke arah impian tersebut.
Jika tiada impian, mereka akan terjerumus di dalam impian orang lain.

Guru saya pernah kata..
“Mad, kalau kau takde impian, kau pasti akan masuk dalam impian orang lain..”
.
.
.
Keesokan harinya, saya rasa macam tak nak pergi ke pejabat.
Tak sanggup nak tengok ada 12 keping surat letak jawatan di atas meja saya.
Berdebar gila masa tu!
Tapi buat-buat cool je masuk pejabat dan seterusnya ke bilik saya.

Dup dap dup dap..

“Aik, kenapa ada 6 je?” bisik saya dalam hati.

Saya cari baki surat letak jawatan, tapi tiada!

“Mungkin diorang tak hantar lagi kot” bisik hati saya lagi.

Saya panggil semua untuk ke bilik meeting & bincang tindakan seterusnya.

“Alhamdulillah & terima kasih kepada yang dah hantar surat letak jawatan, tapi saya dapat 6 je? Mana lagi 6?” tanya saya.

Rupa-rupanya lagi 6 staff tak nak letak jawatan!
Sangkaan saya, semua orang akan letak jawatan, namun sangkaan saya meleset sama sekali.
Rasa sebak & nak menangis masa tu, tapi saya buat-buat cool je. haha

“Kenapa korang stay? lepas ni saya bukan lagi bos korang, maksudnya korang tiada bos yang akan bayar gaji tau?” tanya saya.

“Kami ada impian yang kami nak capai bersama Jiwa Kembara..” jawab mereka.

MasyaAllah Tabarakallah.
Betullah kata guru saya..

“Dalam bisnes, kau tak perlu orang yang bagus, tapi kau perlukan orang yang betul..”

Rasa nak sujud syukur masa tu.
Tapi dalam masa yang sama, saya pulak yang dilema! haha
Sebab saya langsung takde plan jika ada yang stay, sebab sangkaan saya semua orang akan letak jawatan.

“Since diorang decide nak stay, aku tak boleh hampakan mereka, InsyaAllah aku akan buat yang terbaik bersama mereka..”

Alhamdulillah syukur.

“Siapa yang stay ni, aku nak bawa pergi travel bersama aku satu hari nanti, InsyaAllah” nekad hati saya.

Bersambung..
.
.
.
Tuan puan yang mulia..

Guru perniagaan saya kata..
Dalam bisnes atau pekerjaan, kena pakai otak semasa buat kerja, jangan pakai emosi, letak emosi kat tepi kalau nak ada progress.
Maksudnya, semua urusan & strategi bisnes atau kerja kena berdasarkan fakta & feedback.
Jika buat bisness atau kerja dengan emosi, bisnes atau kerja akan gagal & bungkus, sama ada cepat atau lambat.
Emosi hanya digunakan semasa berurusan dengan pelanggan sahaja.
Selebihnya, pakai otak.

Saya doakan kalian berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi sama ada bisnes atau kerja dengan orang lain.

Semoga kalian capai apa sahaja impian yang kalian impikan.
Biiznillah.

Ahmad Isa

Nak E-book free ? Tekan link dibawah
https://ezy.la/HadiahSpecial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *