Shopping Cart

No products in the cart.

Kenapa Mendengar Lebih Penting Dari Bercakap?

Nak tahu tak?

Saya & isteri pernah bergaduh masa kat India sebab salah faham.

Banyak kali berlaku. Biasalah, bak kata Arwah P.Ramlee..

“Sedang lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri..”

Masa tu, kami tertinggal keretapi di New Delhi.

Adilah tunggu di stesen sementara saya selesaikan urusan untuk masukkan basikal di gerabak keretapi.

Dah la jauh gila lokasi nak hantar basikal dengan stesen tempat tunggu keretapi tu.

Sampai je kat tempat punggah barang tu, manusia ramai gila dengan macam-macam bau.. haha

Diorang beratur panjang gila kat kaunter. Saya pun beratur sama. Semua bersesak-sesak nak cepat.

Semua kaunter penuh dengan manusia. Saya tak tahu nak buat apa, so tunggu jelah..

Keretapi nak bergerak lagi 30 minit!!

Saya masih beratur dan basikal belum masuk gerabak! Stress masa tu wehh.

Rasa macam nak potong barisan dan terus ke depan je! Tapi takut kena pijak pulak nanti! haha

Selepas sejam beratur, saya sampai di kaunter.

Cuba kalian bayangkan, saya sampai je kat kaunter, pegawai situ bagitahu, keretapi dah terlepas!

Lagi best, pegawai tu tanya saya, kenapa saya beratur di kaunter orang tempatan? Kenapa tak terus pergi ke kaunter pelancong yang tiada orang tu?

Masa tu memang maki diri sendiri sebab tak tanya. Memang salah saya pun, nak marah pun tak boleh..

Rasa stress tu memang teruk masa tu.

Pegawai tu suruh saya beli tiket baru, baru hantar basikal pada mereka.

Satu kerja pulak nak kena jalan kaki balik cari tiket & patah balik untuk hantar basikal.

Dipendekkan cerita, bila semua setel, saya kembali pada Adilah.

Masa tu muka dia merah padam.

“Abang pergi mana?! Abang tahu tak kita dah tertinggal keretapi?!”

Fuhh, dia tak tahu apa yang saya lalui, dia terus ‘fire’ je masa tu.

Saya tengah stress pun taknak kalah, tinggi suara juga masa tu.

Dah tak kisah dah orang sekeliling pandang kami.

Akhirnya Adilah menangis, saya pula malas nak layan sebab masing-masing stress.

Malam tu terasa sangat panjang. Malang bertimpa-timpa sampai hari ke-2. huhu.
.
.
.

Bila kenang kembali situasi tu, sebenarnya tiada yang salah pun sampai nak gaduh macam tu, yang ada adalah salah faham.

Saya salah faham sebab Adilah tak faham situasi saya.

Adilah pula salah faham ingat saya sengaja lewat-lewat sampai keretapi terlepas.

Kalaulah masa tu kami saling memahami & bertanya apa yang berlaku, pasti malam tu kami tak stress.
.
.
.

Tuan Puan yang mulia..

Pada pendapat saya, hidup berpasangan ni, kena banyak mendengar dari bercakap.

Sebab tu Allah swt ciptakan telinga lagi banyak dari mulut. Untuk kita mendengar lagi banyak dari bercakap.

Bila saya banyak mendengar, banyak masalah saya boleh selesaikan.

Sebab apa yang saya cakap adalah apa yang saya dah tahu, bila mendengar, saya akan dapat info baru.

Bila dapat info baru, mudah untuk saya empati & fahami situasi isteri.

Jom upgrade skill mendengar dan kurangkan bercakap untuk memahami.

InsyaAllah rumahtangga akan lebih tenang, bebas & bahagia.

Biiznillah.

Ahmad Isa
#JiwaKembara
#HidupLuarBiasa2022

(P/S : Tiber jadi motivator rumahtangga 😂)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *