Shopping Cart

No products in the cart.

Berbeza pendapat adalah satu anugerah?

Nak dengar cerita tak?

Masa kami kat Myanmar dulu, kami jumpa dengan geng anti-hadis..

Diorang ni percaya Al-Quran je & tak percaya hadis.

Masa bersembang dengan diorang ni, rasa nak marah je, darah naik sampai ke kepala! Geram!

Cerita dia macam ni..

Kami sampai di Myanmar pada bulan Ramadhan.

Di negara yang mengamalkan mazhab hanafi yang kami pergi, majoriti tak benarkan wanita masuk ke masjid.

Tapi ada 1 masjid ni agak pelik & terbuka.

Masa saya solat jumaat, saya nampak ada wanita yang tidak bertudung keluar masuk masjid tu.

Nama masjid tu Ahli Quran.

Saya tak syak apa-apalah, cuma pelik je.

Satu hari, Adilah ajak saya berbuka di masjid, dia dah boring berbuka sorang-sorang kat bilik hotel sebab saya, Amirul & Aiman hari-hari berbuka di masjid. haha

Saya teringat pasal masjid Ahli Quran ni.

Kalau perempuan boleh keluar masuk, mesti mereka boleh berbuka sekali.

Kami kayuh basikal ke sana. Untung sabut, timbul. haha.

Kalau tak dapat berbuka kat masjid, kami carilah mana-mana restoran lepas tu.

Bila dah sampai tu, kami solat asar dulu.

Lepas berwudhu’, saya jumpa dengan seorang jemaah masjid tu, nama dia Dr. Ismail.

Masa sembang tu dia tanya pasal wanita jadi imam, boleh ke tak? Masa tu saya dah bingung, tiba-tiba keluar soalan macam tu. haha

Masa tu saya tak jawab & ajak Adilah duduk dengan Dr. Ismail untuk jawab soalan tu.

Lepas solat asar, Adilah pula hilang ke mana, cehh.

Tahu-tahu Adilah dah kat tingkat 3 tolong para wanita hidang juadah berbuka.

Ohh dah ada kawan rupanya, patut lupa suami..hahaha

Mereka tak buka puasa masa azan, tapi lepas solat maghrib. Kami decide untuk buka dulu baru solat, kami makan kurma & minum air, mereka ok je.

Lepas maghrib, kami buka bersama-sama.

Masa tu, Dr. Ismail ni bawa guru dia duduk bersama kami.

Banyak soalan yang saya tanya mereka..

πŸ€” Kenapa tak ambil hadis & ambil Al-Quran je?

πŸ€” Macam mana dia solat kalau tak pakai hadis?

πŸ€” Rukun Islam & Iman macam mana?

πŸ€” Haji Umrah macam mana?

πŸ€” Apa pendapat mereka tentang aurat?

Semua mereka jawab dengan apa yang mereka percaya. (Jawapan penuh, saya cerita dalam buku Ustazah Basikal).

Memang darah menyirap je masa tu!

Kalau boleh memang nak bantah & betulkan apa kepercayaan diorang ni.

Masa tu saya fikir, kalau nabi jumpa orang macam ni, adakah baginda akan bantah?

Kami tak respon, sebaliknya kami diam & angguk sahaja.

Kami meraikan pendapat mereka. Siapa kami nak kata mereka salah? Sebab itu kepercayaan dia dari kecil lagi.

Kami doa je dalam hati supaya Allah swt tunjukkan mereka & kami ke jalan yang Allah redho.

Alhamdulillah, kami dilayan dengan baik sehingga habis solat tarawikh di masjid tersebut.

Dari kisah tersebut, saya buat kesimpulan..

βœ… Manusia susah nak terima pendapat kita, tapi manusia mudah terima akhlak kita.

βœ… Manusia hormati kita bukan dengan kebijaksanaan kita bercakap, tapi apa yang kita respon kepada pendapat mereka.

βœ… Nak berbeza pendapat, tak semestinya kena berdebat, cukup sekadar mendoakan dalam hati jika itu dapat elakkan dari pergaduhan yang lebih besar.
.
.
.

Tuan puan yang mulia..

Cerita ni boleh relate dengan perhubungan suami isteri.

Banyak penceraian berlaku akibat dari berbeza pendapat & salah faham.

Si isteri nak tegakkan pendapat dia.
Si suami tak nak kalah, nak menangkan pendapat dia juga.

Akhirnya, masing-masing sakit hati.

Saya dan isteri masa mula-mula kahwin pun macam tu jugak! haha

Bila balik kembara, kami makin faham.

“Berbeza pendapat adalah satu anugerah”

Kita boleh dapat 2 idea dalam masa yang sama.

Yang susah terima pendapat ni selalunya lelaki macam saya. Sebab ego tinggi klcc! haha

Kadang-kala pendapat isteri banyak yang betul. Kalau kita dengar & raikan pendapat mereka, banyak masalah keluarga selesai.

“When the Queen is happy, there is peace in the kingdom”

Kita lelaki ni boleh hidup lebih tenang & bahagia bila mereka gembira. πŸ₯°

Ahmad Isa
#JiwaKembara
#HidupLuarBiasa2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *