Buku Ustazah Basikal
Buku Novel + Travelog yang mengisahkan pahit manis pengembaraan berbasikal sepasang suami isteri dari Malaysia ke Mekah melalui 14 buah negara demi mencari sebanyak mungkin Hikmah untuk dikongsikan kepada masyarakat melalui pelbagai platform.
Negara yang telah mereka rentasi adalah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE & Arab Saudi.
Banyak keajaiban yang Allah swt tunjuk dalam pengembaraan mereka, salah satunya, mereka memulakan perjalanan mereka dengan duit saku sebanyak RM1,900 sahaja dan Allah izinkan untuk mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas 14 bulan mengembara.
Itulah yang paling banyak diceritakan dalam buku Ustazah Basikal ini…
Keajaiban!
Video Terbaru
T-shirt, Hoodie, Aksesori
Siapa Ahmad Isa
Ahmad Isa, adalah seorang Pengembara Berbasikal dari Malaysia Ke Mekah bersama isteri pada tahun 2016 sehingga 2017.
Kisah beliau & isteri pernah diceritakan di dalam media seperti TV3, Alhijrah, Astro, Ikim.fm, Bernama, Berita Harian, Sinar Harian, Metro & banyak lagi.
Beliau juga seorang penulis buku & menerbitkan buku yang bertajuk Ustazah Basikal & terjual sebanyak 39,000 naskah dalam masa 3 tahun.
Kini, beliau mengajar pemasaran kepada penulis bagaimana untuk capai jualan buku sebanyak 10,000 naskah ke atas dengan hanya 1 tajuk buku.